Home

Rabu, 06 Mei 2026

SILAT SENI GAYONG

 


sejarah pssgm

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara pada 22 Oktober 1963 (Rujukan 361) pada mulanya, dan kemudiannya pula didaftarkan kepada Pesuruhjaya Sukan pada 31 Julai 1998 (Rujukan 0149/98). Perubahan ini berlaku apabila kerajaan telah menetapkan dasar melalui Akta Pembangunan Sukan 1997 supaya semua badan yang menjalankan kegiatan sukan hendaklah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan. Badan Pentadbiran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dibantu oleh dua organisasi dalaman yang ditubuhkan khusus untuk mengukuhkan pengurusan pengembangan dan pembangunan Silat Seni Gayong Malaysia, iaitu Lembaga Adat Istiadat dan Majlis Gurulatih. Penubuhan organisasi ini di peruntukan dalam Perlembagaan Pertubuhan - merujuk kepada perkara 30 dan perkara 31. Badan Pentadbiran Pertubuhan merupakan badan utama bagi menggerakkan hal-hal yang berkaitan dengan merancang, melaksana dan mengawal aktiviti-aktiviti pembangunan dan pengembangan sebagai sebuah Pertubuhan. Badan ini berkait rapat dan berhubung secara langsung dengan urusan memenuhi keperluan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan. Disamping itu juga ia berperanan sebagai agensi penghubung di antara organisasi luar, samada dari dalam negara mahu pun luar negara, dengan isu-isu yang berkaitan pentadbiran Silat Seni Gayong Malaysia. Lembaga Adat Istiadat pula memberi fokus kepada merancang, melaksana dan mengawal pelaksanaan amalan adat-istiadat silat yang diwarisi. Perkara-perkara yang diberi perhatian termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan penyampaian sandang-sandang kebesaran, adat perlimau tapak dan seni, tatacara pemakaian serta penampilan dan pelaksanan protokol budaya warisan. Majlis Gurulatih seterusnya berperanan dalam urusan merancang, melaksana dan mengawal pembangunan dan pengembangan persilatan dari aspek kurikulum latihan dan kejurulatihan. Ini termasuklah urusan mengumpul dan menyusun pelajaran-pelajaran yang terdapat dari guru-guru kanan yang ditauliah atau diketahui menguasai kemahiran yang diperturunkan oleh Allayarham Dato’ Meor Abdul Rahman.Merujuk kepada dasar yang ditetapkan dalam Akta Pembangunan Sukan yang dinyatakan, badan-badan yang perlu berdaftar kepada Pesuruhjaya Sukan ialah badan daerah, negeri dan kebangsaan. Gelanggang-gelanggang yang ditubuhkan di dalam sesebuah daerah hanya perlu mendaftar atau bergabung di bawah pengurusan daerah atau negeri (jika tiada daerah yang mendapat kelulusan pendaftaran) yang telah diluluskan pendaftarananya oleh Pesuruhjaya Sukan.Setiap pendaftaran daerah, atau negeri atau kebangsaan ini adalah secara berasingan. Kewujudan badan-badan ini tidak ada kaitan di antara satu dengan lain dari aspek penubuhannya. Pembatalan mana-mana badan di mana-mana peringkat sekali pun tidak akan membabitkan pembatalan badan-badan lain. Contohnya jika Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia sesuatu Negeri terbatal pendafatarannya, pendaftaran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia daerah-daerah di negeri berkenaan tidak terjejas. Begitu juga jika berlaku pembatalan pendaftaran badan di peringkat kebangsaan, badan di peringkat negeri dan daerah boleh meneruskan pentadbiran masing-masing tanpa sebarang sekatan dari mana-mana pihak berkuasa.Setakat ini, kaitan yang jelas di antara daerah, negeri dan kebangsaan ialah penggunaan nama Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Pertubuhan di peringkat kebangsaan telah memohon jasa baik Pesuruhjaya Sukan supaya hendaklah merujuk kepada badan kebangsaan ini jika terdapat mana-mana pihak yang memohon untuk mendaftar dengan mengguna nama Gayong. Tujuannya ialah untuk mengelak lebih banyak badan silat mengguna nama Gayong. Contohnya Gayong Fatani, Pusaka Gayong, Gayong Warisan, Gayong Sundang, Gayong Ghaib, Gayong Ma’rifat dan sebagainya. Jumlah yang ada ini pun telah banyak menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat umum, terutamanya dari aspek kesahihan, asal-usul dan pentadbiran.




 

BIODATA DATO' MAHAGURU

 

Mahaguru Silat Seni Gayong ialah allahyarham Dato' Paduka Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim. Beliau ialah seorang berketurunan Raja Bugis dan Arab daripada susur galur Al-Attas.

          Moyang beliau yang terkenal berhijrah ke Tanah Melayu ialah Tengku Daeng Kuning. Daeng Kuning merupakan seorang pahlawan terkenal yang digelar sebagai Panglima Hitam. Daeng Kuning dikatakan mewarisi ilmu kependekaran daripada nenek moyangnya seorang pendekar yang dikenali sebagai Pahlawan Gayong.
Pahlawan Gayong ialah seorang pendekar terbilang yang menguasai ilmu persilatan secara zahir dan kebatinan. Beliau amat tersohor di kepulauan Melayu dan digeruni oleh lawannya. Ada sumber yang mengatakan bahawa Dato' Laksamana Hang Tuah adalah pewaris amanah ilmu Pahlawan Gayong. Seterusnya imu tersebut diturunkan kepada Dato' Meor Abdul Rahman sebagai waris zuriat Pahlawan Gayong.
Daeng Kuning berhijrah dari Sulawesi ke Tanah Melayu selepas tahun 1800 Masehi. Penghijrahan tersebut ditemani oleh saudara mara beliau yang terdiri daripada Daeng Merewah, Daeng Celak, Daeng Parani, Daeng Pelangi, Daeng Mempawah dan Daeng Jalak. Mereka tujuh bersaudara belayar ke Tanah Melayu untuk membina penghidupan baru dan menyatupadukan pahlawan-pahlawan Melayu.
Penghijrahan bangsa Bugis ke Tanah Melayu dipercayai bermula dari tahun 1667 Masehi apabila Makasar, Sulawesi jatuh ke tangan Belanda. Pahlawan Bugis yang terkenal di gugusan Melayu pada ketika itu ialah Daeng Rilaka dan lima orang putera beliau bernama Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambun, Daeng Celak dan Daeng Kemasi.
          Penghijrahan Daeng Kuning tujuh bersaudara ini berkemungkinan besar susulan daripada dasar campurtangan Kerajaan Belanda yang semakin berleluasa di Kepulauan Sulawesi. Ada sumber yang mengatakan bahawa Daeng Kuning adalah zuriat keturunan Daeng Merewah bin Daeng Rilaka. Dua buah rombongan ini sudah pasti terdiri daripada orang yang berlainan walaupun ada persamaan pada sesetengah nama. Ini berdasarkan perbezaan masa yang agak ketara. Walau bagaimanapun, kaitan kekeluargaan antara satu sama lain tidak dinafikan.
         Penghijrahan tujuh bersaudara tadi bukanlah bermaksud lari daripada medan peperangan , ia sebenarnya satu cara untuk menyusun strategi balas. Matlamat mereka ialah untuk mengumpulkan para pahlawan Melayu bagi menentang kuasa-kuasa asing yang menjajah negeri-negeri di Nusantara.
Daeng Kuning dan saudaranya telah mempelopori gerakan gerila untuk melumpuhkan pentadbiran penjajah di negeri-negeri Melayu. Walaupun ramai pahlawan Bugis terlibat secara langsung dengan kancah politik negeri-negeri Melayu seperti di Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Temasik dan Kepulauan Riau, namun mereka tidak bersatu-padu. Malahan, ada di antara mereka yang menjadi askar upahan kuasa-kuasa asing dan berperang sesama sendiri.
Oleh sebab itulah, ketika belayar di tengah lautan, Daeng Kuning telah mengingatkan kembali matlamat penghijrahan mereka. Pesanan tersebut disampaikan melalui bentuk pantun kepada saudara-mara beliau yang berbunyi;

Pecah Gayong Di Dalam Dulang,
Dulang Hanyut Di Lautan Tujuh;
Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang,
Suatu Masa Dan Ketika Kembali Berteguh (berpadu)

Dalam tahun 1813 Masehi, Daeng Kuning tujuh bersaudara telah mendarat di Kuala Larut, Perak sebelum pemerintahan Sultan Abdullah. Buat sementara waktu mereka bermastautin di suatu tempat yang mereka namakan sebagai Pengkalan Alur atau Relur Tujuh. Kini tempat tersebut dipanggil Kampung Ayer Kuning, terletak di Taiping, Perak.
           Hanya Daeng Kuning menetap di Pengkalan Alur dan bertapa buat beberapa ketika di dalam sebuah gua di Bukit Larut. Manakala saudara Daeng Kuning yang lain bergerak menuju ke Pahang, Terengganu, Johor, Selangor, Melaka dan Kedah. Ada yang terus menetap di negeri singgahan mereka dan ada antaranya yang meneruskan perjalanan berikutnya ke Kepulauan Melayu lain.
Daeng Kuning telah mendirikan rumahtangga dengan seorang puteri raja Patani. Perkahwinan tersebut menghasilkan seorang cahaya mata lelaki yang dinamakan Che Ngah Tambah.

         Daeng Kuning digelar oleh penduduk tempatan sebagai Tok Hitam Dam. Gelaran tersebut cukup terkenal hinggakan sebatang jalan di Kampung Pokok Assam dinamakan Jalan Tok Hitam Dam. Daeng Kuning mangkat di Taiping, Perak dalam tahun 1875 Masehi. Makam beliau terletak di Kampung Tupai, berdekatan Jalan Pokok Assam di Taiping. Ia telah diwartakan sebagai bahan sejarah dan kini terletak di bawah jagaan Muzium Negara menurut Akta Bendapurba, 1976.
           Anak tunggal Daeng Kuning, Che Ngah Tambah juga memiliki ilmu yang tinggi dan sifat kepemimpinan yang unggul. Beliau merupakan tokoh yang membuka Daerah Larut-Matang dan dilantik menjadi seorang Penghulu Besar bagi daerah tersebut.
Atas kewibawaan beliau, Che Ngah Tambah dilantik oleh Sultan Perak sebagai salah seorang daripada Orang Besar Enam Belas Negeri. Che Ngah Tambah menetap di kampung Ayer Kuning dan mempunyai empat orang isteri.
           Che Ngah Tambah merupakan seorang pembesar yang pemurah dan amat disegani. Tanah-tanah dalam bidangkuasanya diagih-agihkan kepada penduduk tempatan atau sesiapa sahaja yang layak untuk diusahakan atau dibuat penempatan.
Pemimpin-pemimpin Cina yang menjalankan aktiviti perlombongan di dalam daerahnya juga amat menghormati beliau. Anak Che Ngah Tambah yang bernama Alang Abdul Rahman telah dikahwinkan dengan salah seorang anak pemimpin Cina. Pemimpin Cina berkenaan menawarkan anak beliau sebagai tanda persahabatan dan hormat atas kepimpinan Che Ngah Tambah.
            Hasil perkongsian hidup Che Ngah Tambah dengan salah seorang isteri beliau, Allah SWT telah mengurniakan lima orang cahayamata. Anak-anak mereka terdiri daripada Long Khadijah, Mariah, Uda Mohd Hashim, Aminah dan Mariam. Anak-anak Che Ngah Tambah dengan isteri-isteri yang lain setakat yang diketahui ialah Alang Abdul Rahman, Putih Mohd Salleh dan Sareah. Che Ngah Tambah telah dimakamkan di perkarangan Masjid Taiping (lama) dan nama beliau juga diabadikan pada sebatang jalan di Pokok Assam, Taiping.
          Uda Mohd Hashim merupakan ayahanda kepada Dato' Meor Abdul Rahman. Uda Mohd Hashim ialah seorang arkitek yang terkenal di Taiping. Beliau telah berkahwin dengan seorang janda cantik berketurunan Arab bernama Syarifah Aluyah binti Syed Zainal al-Attas. Syarifah Aluyah sebelum berkahwin dengan Uda Mohd Hashim telah mempunyai tiga orang anak bernama Alin, Puteh dan Hendun.
Syed Zainal bin Syed Idris al-Attas berasal dari Pahang manakala isterinya ialah orang tempatan Parit, Perak. Syed Zainal pernah dilantik sebagai seorang penghulu di Pekan, Pahang. Beliau juga dikenali sebaga Dato' Jenal. Beliau ialah salah seorang pembesar Pahang yang menentang penjajahan British bersama-sama dengan Dato' Mat Kilau dan Dato' Bahaman.
        Sebaik sahaja Uda Mohd Hashim berkahwin dengan Syarifah Aluyah, mereka telah berpindah ke Lake Garden (Taman Tasek), Taiping. Uda Mohd Hashim dan Syarifah Aluyah telah dikurniakan tiga orang cahayamata iaitu Meor Abdul, Aziz, Meor Abdul Rahman dan Siti Sa'diah.
        Selain menjalankan tugas seharian sebagai seorang arkitek, Uda Mohd Hashim juga adalah salah seorang Ahli Majlis Daerah Taiping. Kebanyakan rekabentuk rumah dan bangunan terutamanya di Kampung Pokok Assam dan bandar Taiping adalah hasil kreativiti beliau. Sebagai ahli Majlis Daerah, beliau berperanan merancang dan memajukan Daerah Taiping. Ini membuatkan beliau dikenali ramai dan dihormati.
Latarbelakang keluarga yang begitu kuat dan berpengaruh sedikit sebanyak telah membentuk peribadi Meor Abdul Rahman sebagai seorang pahlawan dan pemimpin unggul seni silat abad ke-20.
          Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim dilahirkan pada 17 haribulan Ogos 1918 di Kampung Lake Garden, Taiping, Perak. Ketika lahir beliau dinamakan Meor Abdul Hamid.
          Sebelum dilahirkan, bonda beliau bermimpi didatangi satu lembaga yang mengkhabarkan anak dalam kandungannya akan menjadi seorang pahlawan yang gagah berani. Meor Abdul Rahman dilahir berkembarkan seekor cacing. Kembar beliau itu setelah dibersihkan disimpan di dalam sebuah tempurung kelapa jantan, kemudiannya dihanyut ke laut melalui Teluk Kertang, Matang, Perak. Menurut kata bondanya, kelahiran sedemikian adalah petanda awal bahawa Meor Abdul Rahman akan menjadi seorang pendekar yang terbilang.
         Apabila meningkat remaja, keluarga Meor Abdul Rahman telah berpindah ke Kampung Pokok Assam, Taiping. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Taiping dan persekolahan menengah di Sekolah King Edwards VII, Taiping seterusnya di Government Trade School di Ipoh sehingga tahun 1935.
Beliau menuntut ilmu persilatan dengan Syed Zainal bin Syed Idris Al-Attas ketika berusia lebih kurang 12 tahun. Sejak kecil beliau sering mendengar kisah pahlawan dan sejarah perjuangan bangsa Melayu dari nendanya. Selama lebih kurang 2 tahun, Meor Abdul Rahman menjalani latihan intensif setiap hari siang dan malam.
           Tempoh latihan tersebut dikira terlalu lama berbanding rakan-rakan beliau yang khatam bersilat hanya menuntut beberapa bulan sahaja contohnya di Ijuk, Changkat Jering dan Batu Kurau. Ini mengakibatkan beliau sering diejek dan dipersenda umpama ' buah yang tidak masak' oleh rakan-rakan sebaya. Apabila persoalan demikian dikemuka oleh bondanya kepada Syed Zainal Al-Attas, jawapan yang diberi ialah cucunda beliau akan dikhatam oleh orang ghaib pada suatu masa dan di suatu tempat di sempadan Kedah dan Siam.
          Sejak di alam persekolahan menengah lagi Meor Abdul Rahman gemar keluar kampung untuk mencari pengalaman baru. Dalam tempoh masa antara tahun 1933 sehingga 1935, beliau sering berulang-alik ke Kedah menziarahi kanda iparnya, Hendon di Kota Sarang Semut, Kedah. Beliau hanya menunggang basikal ke Kedah atau ke mana sahaja beliau tuju. Hubungan beliau dengan kanda dan iparnya, Zainal Abidin amat erat. Ketika itu, kanda iparnya bertugas sebagai seorang Inspektor Polis di Balai Polis Kota Sarang Semut.
        Ketika di alam persekolahan, Meor Abdul Rahman mempunyai beberapa orang kawan rapat. Mereka ialah Bakar, Wan Noh bin Haji Ismail, Wan Man bin Haji Ismail dan Aziz Khan. Mereka ini sering bersaing dan bergerak bersama-sama dalam kelompok seperti remaja lain dalam pertengahan dan lewat usia belasan tahun. Sejak dari sekolah menengah Meor Abdul Rahman sudah terkenal dengan kekuatannya. Beliau digelar "Rahman The Strong Man".
         Gelaran itu diberi atas kemampuan istimewa Meor Abdul Rahman. Beliau sering diminta oleh rakan-rakannya menunjukkan kehandalan mengangkat objek yang berat dan melakukan kebolehan di luar kebiasaan orang ramai. Setiap pengakuan yang beliau buat, mampu dibuktikan kepada rakan-rakannya. Ini menyebabkan kata-kata beliau dipercayai dan diberi gelaran sebagai orang gagah.
Setelah tamat persekolahan pada tahun 1935, Meor Abdul Rahman mula menetap di rumah Hendon di Kuala Nerang, Kedah. Pada masa itu, Zainal Abidin telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Penguasa Polis dan bertugas sebagai Ketua Polis Kuala Nerang. ASP Zainal Abidin merupakan seorang pegawai polis yang tegas serta berani dan kuat berpegang kepada ajaran Islam. Meor Abdul Rahman sendiri amat menghormati dan segan kepada kanda iparnya itu.
            Pada suatu pagi ketika berada di Kuala Nerang, beliau ternampak sebuah gelanggang silat. Setelah merisik, Meor Abdul Rahman difahamkan bahawa guru gelanggang itu ialah Sudin, seorang berketurunan Minangkabau. Beliau bekerja sebagai seorang penjahit topi dan baju. Oleh kerana minat untuk terus mendalami ilmu persilatan, Meor Abdul Rahman mengambil keputusan untuk melawat Sudin. Setelah berbincang, Sudin bersetuju menerima beliau sebagai murid dengan mengenakan bayaran pengeras permulaaan belajar sebanyak RM 1.70 dan khatam sebanyak RM 5.15 beserta seekor ayam.
         Malam keesokannya, Meor Abdul Rahman pun datang dan menyerahkan duit pengeras sebanyak RM 1.70. Beliau diarah oleh Sudin berlatih dengan murid-muridnya. Dalam latihan tersebut, Meor Abdul Rahman dicuba oleh tiga orang murid lama Sudin. Niat mereka untuk menjatuhkan Meor Abdul Rahman tidak kecapaian sama-sekali. Akhirnya, orang kanan Sudin bernama Ali mengadu kepada Sudin bahawa adik ipar OCPD itu bukanlah calang-calang orang. Setelah mendengar aduan Ali, Sudin berasa malu kerana muridnya bertiga gagal menewaskan Meor Abdul Rahman seorang. Lalu beliau menghampiri Meor Abdul Rahman dan menyapanya,"Kamu kalau nak belajar, buat cara nak belajar silat betul-betul!".Maka dijawabnya Meor Abdul Rahman,"Saya dah kata, saya ada juga belajar silat tapi tak khatam dari datuk saya, jadi tapak saya kalau dapat diatasi baharulah saya belajar ".Sampuk Sudin,"Jadi nak cubalah ye, hah cuba masuk !,"Balas Meor Abdul Rahman,"Guru saya kata tak boleh masuk, kenalah orang yang mencabar tu masuk".
Kebetulan pada malam itu, ramai orang hadir menyaksikan latihan silat tersebut termasuk YM Tengku Nong, cucunda Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah Kuala Nerang.
        Sudin yang berasa tercabar akibat ketewasan murid-murid harapannya semakin terpukul apabila terpaksa berhadapan sendiri dengan seorang budak belasan tahun. Oleh kerana perasaan marah dan ego telah menguasai akal maka Sudin dengan sepantas kudrat mengatur serangan. Segala tendangan dan sepakan Sudin dapat dielak dan ditangkis oleh Meor Abdul Rahman. Setelah dirasakan cukup peluang diberi kepada Sudin, kini tiba gilirannya pula untuk membuat serangan balas.
Dalam keghairahan usaha Sudin untuk menjatuhkan Meor Abdul Rahman, tiba-tiba Sudin jatuh pengsan, puas dipulihkan sehingga memakan masa untuk sedar. Sebaik sahaja agak pulih, Sudin mengaku kehandalan Meor Abdul Rahman dan menghulurkan kembali duit pengeras yang diterima. Meor Abdul Rahman enggan menerima duit tersebut malah menghadiahkannya kepada Sudin.
         Di Kuala Nerang, Meor Abdul Rahman berpeluang memenuhi hobi berburu, beliau mempunyai kemahiran istimewa pasang jerat dan ajuk burung. Kemahiran ini diperolehi hasil pergaulan luas dengan berbagai lapisan masyarakat dan kegemaran meneroka sesuatu yang baru. Kedudukan Meor Abdul Rahman sebagai adik ipar Ketua Polis Daerah dan sifatnya yang peramah menyebabkan beliau dihormati dan dikenali ramai di daerah tersebut. Ini memudahkan beliau mendapat kerjasama dari penduduk tempatan jika berhajatkan sesuatu. Meor Abdul Rahman amat cekap berburu dan sering berkongsi hobi dengan Tengku Nong. Beliau sering menggunakan salah satu daripada enam laras senapang kepunyaan Tengku Nong.
Di samping hobi berburu, beliau sejak usia awal belasan tahun sudah mengamalkan latihan angkat berat, bina badan dan bertinju. Oleh demikian, sejak daripada usia remaja beliau telah memiliki tubuh yang cantik dan tegap. Beliau juga istiqamah dalam melakukan senaman gerak badan dan pernafasan yang diajar oleh Syed Zainal. Latihan seumpama itu menambahkan kekuatan fizikal beliau di samping meningkatkan kecekapan bakat bersilat yang sedia ada.

           Pada suatu hari dalam tahun 1936, Meor Abdul Rahman keluar bersiar-siar di Pekan Rabu, Kuala Nerang. Di sana beliau berkenalan dengan seorang perempuan tua beruban dan bertelinga labuh sepanjang 6 inci. Perempuan tua itu sedang menjual burung dan akar-akar kayu yang dibawa dari Mee Nam, Selatan Thailand. Perempuan tua itu memperkenalkan dirinya sebagai Tok Mek Jah dan menceritakan kehidupannya di Mee Nam. Meor Abdul Rahman begitu tertarik mendengar pengalaman Tok Mek Jah dan menyatakan hasrat untuk mengikutnya pulang ke Mee Nam.
Pada mulanya Tok Mek Jah agak keberatan mengajak beliau kerana khuatir tempat tersebut tidak sesuai dengan Meor Abdul Rahman apatah lagi perjalanannya juga amat jauh. Setelah Meor Abdul Rahman mendesak dan menyatakan kesanggupan untuk mengharungi perjalanan yang jauh serta kesukaran mendapatkan makanan halal, maka Tok Mek Jah pun bersetuju membawanya bersama-sama.
           Keesokannya, tanpa pengetahuan ASP Zainal, Meor Abdul Rahman mengambil sepucuk pistol kanda iparnya yang disimpan dalam sebuah almari. Beliau juga meminjam selaras senapang daripada Tengku Nong dan membawa bersamanya 30 biji peluru. Mereka bertolak menuju ke Mee Nam setelah Tok Mek Jah selesai membeli barang-barang keperluan untuk dibawa pulang ke kampungnya.
           Dalam perjalanan tersebut, mereka singgah di Padang Sanai. Di Padang Sanai, beliau sempat menyaksikan pertandingan tinju Siam. Oleh kerana kesempitan wang, beliau menyatakan hasratnya kepada Tok Mek Jah untuk menyertai pertandingan tinju bagi mendapatkan sedikit wang saku. Walaupun Tok Mek Jah menasihatinya supaya tidak bertanding, namun desakan keadaan telah memaksa Meor Abdul Rahman meneruskan hajat tersebut. Beliau dengan berani masuk ke gelanggang Tinju Siam tersebut tanpa memikirkan risiko yang akan ditempuhinya. Dalam pertandingan itu, beliau telah memenangi setiap pertandingan yang dijalankan secara kalah mati. Lawan?lawannya tersungkur akibat dibelasah dengan teruk sehingga separuh mati. Ini telah mengakibatkan rasa kurang senang jaguh-jaguh Siam yang hadir, lebih-lebih lagi menyaksikan rakan-rakan mereka tumbang dengan seorang asing. Melihatkan keadaan yang semakin membimbangkan dan ada ura-ura perbuatan khianat dirancang terhadap Meor Abdul Rahman, Tok Mek Jah terpaksa menarik keluar Meor Abdul Rahman dari gelanggang tersebut dan menasihatinya agar beredar dengan seberapa segera sebelum perkara buruk terjadi.
           Mereka dengan segera meneruskan perjalanan sehingga tiba di rumah Tok Choh di Padang Terap. Meor Abdul Rahman memaklumkan hasratnya untuk ke Mee Nam kepada Tok Choh. Tok Choh menjelaskan bahawa perjalanan ke sana memakan masa selama 4 hari dan apa saja yang dijumpa akan menjadi makanan untuk mengalas perut. Meor Abdul Rahman sekali lagi menjelaskan bahawa beliau bersedia mengharungi perjalanan yang jauh dan boleh menembak untuk mendapatkan makanan halal. Penjelasan Meor Abdul Rahman itu memuaskan hati Tok Choh. Keesokannya mereka bertiga bertolak sambil ditemani oleh seorang guru agama bernama Haji Taib.
         Dalam perjalanan itu mereka berhenti di Kuah. Di kampung tersebut tidak kedapatan seorang pun bangsa Melayu. Kesemua penduduknya ialah Siam. Mereka menumpang rehat di rumah Lee Chon, Tok Batin di situ. Semasa tinggal di Kuah, Meor Abdul Rahman telah dijadikan sebagai anak angkat Lee Chon.

           Semasa di Kuah juga, Meor Abdul Rahman dicabar oleh pendekar?pendekar Tinju Siam untuk bertanding. Bagaimanapun, untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, beliau terpaksa menunjukkan kekuatannya mematahkan duit syiling dengan hanya menggunakan tiga jari sahaja, sebahagian duit syiling yang telah dipatahkan itu dihadiahkan kepada pencabarnya sebagai tanda persahabatan. Kebolehan istimewa Meor Abdul Rahman itu dengan secara spontan menundukkan para pencabar dan menyebabkan mereka mengaku kalah sebelum bertarung.
Setelah dua malam di rumah Lee Chon, mereka pun meneruskan perjalanan ke Mee Nam. Rumah penduduk Mee Nam berdindingkan kulit. Mereka yang berada berdindingkan kulit rusa manakala yang miskin berdindingkan kulit kayu. Meor Abdul Rahman menetap di rumah Tok Mek Jah yang dindingnya diperbuat daripada kulit rusa.
           Selepas tiga hari di rumah Tok Mek Jah, Meor Abdul Rahman mengambil keputusan untuk mandi bagi menyegarkan tubuhnya. Tok Mek Jah berpesan agar beliau berjalan ikut anak sungai sehingga melepasi rumah penduduk kampung tersebut.
         Setelah puas mandi, beliau terlelap di atas sebuah batu hampar yang besar berwarna hitam di tebing sebatang sungai. Dalam lelap, beliau telah bermimpi didatangi seorang tua berjubah putih. Apabila orang tua berjubah putih menghampirinya secara tiba?tiba ia menjelma sebagai seorang pemuda berbadan tegap dan sasa yang segak lagi tampan lengkap berpakaian hulubalang Melayu serta berkeris seperti zaman dahulu kala. Orang itu memperkenalkan dirinya sebagai Dato' Hang Tuah lalu mencurahkan segala rahsia ilmu Seni Gayong kepada beliau dan akhirnya berkata,"Akulah Hulubalang Melaka yang tinggal di sini. Sekarang aku khatamkan kamu dan baliklah ke negeri Perak mengadap raja kamu sepertimana aku berkhidmat dengan Sultan Melaka. Kamu sekarang orang yang paling gagah selagi kamu mematuhi syarat dan berpegang kepada janji "Lembaga itu meneruskan kata?kata," Ngangakan mulut kamu ", lalu diludahkan ke dalam mulut Meor Abdul Rahman.
         Pada saat dan ketika inilah, Meor Abdul Rahman diamanahkan untuk mengajar Silat Seni Gayong kepada semua insan yang beragama Islam berdasarkan syarat?syarat dan adat?adat yang tertentu mengikut masa?masa yang tertentu. Batu hitam tempat beliau berbaring itu dipercayai tempat allahyarham Dato' Laksamana Hang Tuah pernah berpijak. Batu Hitam inilah yang dirujukkan oleh Panglima Hitam atau Tengku Daeng Kuning apabila beliau berseru,"Batu Hitam Tidak Berjodoh, Batu Hitam Tidak Bergadoh, Anak? anakku yang ingin belajar Gayong, Hendaklah berpakaian serba hitam ."Meor Abdul Rahman tertidur sehingga keesokan harinya. Setelah tersedar daripada tidur, beliau merasakan dirinya diresapi oleh kegagahan yang luar biasa. Perkara tersebut segera dimaklum kepada Pak Choh dan Tok Mek Jah. Meor Abdul Rahman dengan segera memohon keizinan keluarga angkatnya itu untuk berangkat pulang ke Taiping.
            Setibanya di Taiping, Mahaguru Meor Abdul Rahman menceritakan detik pengalaman tersebut kepada ahli keluarganya. Atas nasihat Syed Zainal, Mahaguru pergi mengadap Paduka Seri Sultan Alang Iskandar yang sedang bersemayam di Manong, Perak. Beliau dititah untuk menunjukkan kekuatan di hadapan baginda sultan. Pada sebelah malamnya, beliau dititahkan pula mempamerkan kebolehan luarbiasanya di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Setelah berpuashati dengan kegagahan Mahaguru, baginda sultan menggelarkan beliau 'Rahman Sendo' dan dijadikan anak angkat baginda. Mahaguru menetap bersama-sama Sultan Alang Iskandar di istana sehinggalah baginda mangkat dalam tahun 1938.
Silat Seni Gayong buat pertama kalinya diperkenalkan ialah di Taiping, Perak. Mahaguru menzahirkan ilmu pusaka dan amanah yang diterima dari allahyarham Dato' Laksamana Hang Tuah di kalangan ahli keluarga dan rakan terdekat.
         Tidak berapa lama setelah keluar dari Istana, mahaguru dijodohkan dengan Che Kalsom Bt Haji Kechik, anak angkat kandanya Hendon. Perkahwinan mereka dilangsungkan di Kota Sarang Semut, Kedah.
         Tidak lama selepas berkahwin, Mahaguru dengan ditemani seorang sepupunya, Zainal Abidin bin Putih Mohammed Saleh (Bidin) bermusafir ke Singapura untuk mencari rezeki di sana. Pekerjaan pertama Mahaguru di Singapura ialah di Naval Base sebagai seorang tukang pateri. Setelah 6 bulan bekerja di sana, beliau ditawar pekerjaan oleh Pengarah Pendidikan Singapura berkhidmat dengan pasukan tentera British di bahagian Royal Signal Corps.
           Setelah beliau berjaya menewaskan seorang jurulatih tempur berbangsa Hong Kong di Gillman Barrack, Mejar Malburn melantik beliau sebagai jurulatih tempur tanpa senjata dalam pasukan tentera British. Ini merupakan satu penghormatan besar kerana belum ada seorang Melayu pun diberi tugas tersebut sebelum itu. Beliau berkhidmat dalam pasukan ini sehingga tahun 1942.
           Semasa berkhidmat di Bahagian Signal Corps, pada bulan November 1941, beliau melangsungkan perkahwinan kedua dengan anak sepupunya, Paridah bt Yusope.
           Apabila Jepun menyerang Singapura pada bulan Februari 1942. Mahaguru membawa keluarganya berperahu menyeberangi lautan api ke Pulau Sudong. Setelah berjaya menewaskan Wak Kusang, pendekar Pulau Sudong baharulah mereka diterima berlindung buat sementara waktu di sana.
        Pada 17 haribulan Februari 1942 jam 2.00 petang, seramai 7 orang pemuda Pulau Sudong diperlimau sebagai murid Gayong. Mereka ialah Naning bin Ahmad, Ahmad Arshad bin Haji Hassan, Sabtu bin Likur, Yusof bin Rantau, Osman bin Timpong, Mustapha bin Bengkok dan Bendol bin Benggol. Mereka terpilih untuk menghadapi kemaraan tentera Jepun yang ingin merampas gadis Pulau Sudong untuk dijadikan pemuas nafsu ganas mereka. Atas kebijaksanaan Mahaguru, penduduk Pulau Sudong terselamat dari keganasan tentera Jepun.
        Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Mahaguru pernah ditangkap kerana mencederakan sekumpulan tentera Jepun yang cuba memperkosa isteri pertamanya. Beliau kemudiannya dibebaskan setelah lebih sebulan dipenjara apabila sekumpulan pegawai penjara Jepun berjaya ditewaskannya dalam satu pergaduhan. Atas nasihat seorang jurubahasa Jepun, Mahaguru telah dibebaskan. Bagi menjamin keselamatan keluarga dan penduduk kampungnya, beliau terpaksa menerima tawaran bekerja sebagai seorang tentera Jepun. Tidak berapa lama kemudian, beliau berkahwin dengan Syarifah Rehan bt Syed Chik. Perkahwinan tersebut hanya berkekalan selama sebulan sahaja sebagai memenuhi hajat keluarga semata-mata.
        Setelah dua tahun berkhidmat dengan pentadbiran Jepun, Mahaguru kembali ke Pulau Sudong. Tidak berapa lama berada di Pulau Sudong, beliau dilantik menjadi penghulu oleh penduduk Pulau Sudong. Apabila British mengambilalih semula pemerintahan Singapura, Mahaguru dilantik secara rasmi sebagai Penghulu Besar Pulau Sudong dan kepulauan sekitarnya.
          Pulau Sudong dijadikan pusat perkembangan Silat Seni Gayong sehingga ia merebak ke pulau-pulau berhampiran seperti Pulau Seking, Pulau Bukum, Pulau Sebaruk, Pulau Sekijang, Pulau Sembilan, Pulau Semakom dan Pulau Damar. Mahaguru juga telah menggunakan Silat Seni Gayong untuk menyelamatkan penduduk Pulau Terung daripada ancaman lanun di perairan pulau tersebut. Dari pulau ini, Silat Seni Gayong tersebar ke lain-lain pulau di Indonesia.
Dalam tahun 1947, Kerajaan British menawarkannya jawatan sebagai pegawai di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Singapura. Mahaguru ditugaskan untuk mengawasi dan menangkap pemimpin politik Melayu yang meniupkan semangat anti-British. Peluang ini diambil oleh beliau untuk menyalur maklumat sulit kepada pejuang-pejuang kemerdekaan seperti (Tun) Sardon bin Jubir, peguam dan tokoh politik terkenal di Singapura.
         Setelah empat bulan di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Mahaguru memohon bertukar ke Jabatan Siasatan Jenayah. Pada mulanya beliau ditempatkan di Bahagian Merinyu Timbangan untuk mencegah aktiviti penyeludupan dan penipuan. Kemudiannya beliau ditukarkan pula ke Bahagian Kepolisian di Balai Polis Central, Singapura sebagai seorang pegawai berpangkat sarjan. Pada 23 haribulan Disember 1947, Mahaguru dianugerahkan pingat King George IV atas sifat keberanian semasa berbakti kepada masyarakat dan kerajaan Singapura.
            Silat Seni Gayong mula berkembang di pulau besar Singapura pada akhir tahun 1949. 7 orang murid pertama yang menjalani upacara perlimau Tapak ialah Ahmad Sudi, Mansor bin Fadal, Ustaz Mansor, Sinwan, Joned bin Hanim, Hosni bin Ahmad dan Salim. Sinwan, Joned bin Hanim dan Salim merupakan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Singapura yang terawal menjadi murid Gayong. Pusat Latihan Silat Seni Gayong dalam tahun 1950-an di pulau besar Singapura ialah di Bakar Sampah.
Dalam tahun 1954, kumpulan pertama wanita seramai 7 orang telah memasuki Silat Seni Gayong di Singapura. Mereka ialah Che Kalsom bte Haji Kechik, Paridah bte Yusope, Asmah (isteri Joned bin Hanim), Aisyah (isteri Mansor Fadal), Rafeah bin Fadal, Hendon dan Intan.
          Pada pertengahan tahun 1950-an, ramai bintang filem Melayu mempelajari Silat Seni Gayong. Antaranya ialah Jasni bin Ahmad, Neng Yatimah, Kasma Booty, dan A. Rahim. Penglibatan tokoh pelakon yang terkenal tersebut sedikit sebanyak membawa pengaruh Silat Seni Gayong di dalam aksi pertarungan filem-filem Melayu di Studio Jalan Ampas.
          Kemuncaknya dalam tahun 1956, Dato' Onn bin Jaafar, seorang tokoh politik dan pemimpin Melayu yang disegani telah menjadi murid Gayong. Beliau dilantik sebagai Penasihat Agung dan Waris Beradat Silat Seni Gayong. Dato' Onn banyak memberi idea dan sumbangan untuk menggerakkan Silat Seni Gayong dan meniupkan semangat patriotik di kalangan murid Gayong. Usaha beliau itu diberi sokongan kuat oleh isterinya, Datin Zainab dan anggota keluarganya yang lain termasuklah anaknya bernama Nasir dan Hussein. Husein kemudiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia Kedua.
           Tidak lama kemudian, YAM Tengku Laksamana Kedah Tunku Kassim ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halimshah menyertai Silat Seni Gayong. Pada akhir tahun 1956, satu rombangan Silat Seni Gayong dari Singapura yang dipimpin sendiri oleh mahaguru telah mengadakan persembahan di Istana Anak Bukit dan Kelab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah atas undangan Tunku Kassim. Pertunjukan tersebut telah disaksi oleh DYMM Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halimsyah, Sultan Kedah Darul Aman. Ini merupakan cubaan pertama untuk mengembangkan sayap Silat Seni Gayong di Kedah.
Penglibatan Tunku Kassim dalam Silat Seni Gayong menjadi ikutan di kalangan kerabat Di-raja Kedah. Bagaimanapun, Silat Seni Gayong gagal berkembang di kalangan rakyat jelata memandangkan jurang taraf yang amat ketara pada ketika itu.
           Pada awal tahun 1959, sebuah akademi silat bernama Sekolah Gayong Woodlands atau Institute Of Gayong Woodlands telah ditubuh oleh mahaguru. Akademi ini mengeluarkan Sijil dan Diploma bagi mereka yang lulus dalam kursus-kursus yang ditawarkan. Antara tenaga pengajar di peringkat awal yang membantu mahaguru ialah Cikgu Nordin bin Abdul Rahman, Cikgu Sidek bin Shamsuddin, Cikgu Abdul Majid bin Omar, Cikgu Atan bin Osman dan Cikgu Ramli. Akademi ini juga dijadikan sebagai Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong.
Mahaguru bersara daripada perkhidmatan kerajaan dalam tahun 1961 untuk bergiat cergas mengembangkan Silat Seni Gayong.
           Setelah mahaguru memikirkan bahawa beliau memerlukan seorang pembantu dalam mentadbir urusan kegurulatihan dan pelajaran Silat Seni Gayong, maka dalam tahun 1962, Cikgu Abdul Majid bin Mat Isa dilantik sebagai Guru Tertinggi Silat Seni Gayong merangkap Timbalan Pengarah Guru-guru di Malaysia dan Serantau.

Tidak lama kemudian, Pusat Latihan Tertinggi dipindahkan dari Woodlands ke Kota Sarang Semut, Kedah.
            Atas nasihat dan komitmen YM ( Dato' ) Syed Ahmad bin Syed Idris Jamalulail dan YB ( Dato' ) Senu bin Abdul Rahman, mahaguru mula didekati pemimpin negara dan perjuangan Silat Seni Gayong telah dilihat sebagai satu mekanisme yang boleh menyatupadukan bangsa Melayu dan orang-orang Islam.
Silat Seni Gayong mula tersebar luas di Semenanjung Tanah Melayu atas daya usaha guru-guru Gayong yang pada ketika itu terdiri daripada Cikgu Abdul Majid bin Mat Isa, Cikgu Ramli bin Mat Arof, Cikgu Awang bin Daud, Cikgu Ismail bin Chik, Cikgu Ibrahim bin Abdullah, Cikgu Mohd Khir bin Saad, Cikgu Mohd Desa Lim, Cikgu Ahmad Lazim dan Cikgu Siti Kalsom.
           Pada tanggal 31 haribulan Ogos 1967, Gayong dijemput menyertai perarakan sempena menyambut ulangtahun ke-10 kemerdekaan tanahair. Ini menandakan satu pengiktirafan pemimpin negara terhadap perjuangan dan usaha mahaguru untuk memartabatkan seni silat Melayu.
         Pada akhir tahun 1969, Mahaguru mula menetap di Air Kuning, Taiping. Seterusnya dalam masa ini juga, sistem tingkatan bengkong dan pelajaran Silat Seni Gayong secara lebih sistematik telah disusun oleh beliau dengan dibantu oleh guru-guru kanan. Tahap pelajaran telah disusun mengikut tingkatan bengkong yang dikategorikan mengikut warna. Sebelumnya hanya terdapat beberapa warna bengkong sahaja iaitu merah, kuning dan hitam.
         Dalam tahun 1970, Mahaguru mengikuti rombongan kebudayaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan Malaysia selama dua minggu ke Osaka, Jepun. Lawatan tersebut sedikit sebanyak telah berjaya memperkenalkan Silat Seni Gayong di peringkat dunia.
          Pada 27 haribulan Januari 1971, Pusat latihan Tertinggi Silat Seni Gayong Malaysia Dan Serantau telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Idris Syah ibni Almarhum Sultan Alang Iskandar di Air Kuning, Taiping.
Kemuncaknya, pada 3 haribulan Julai 1971, Sultan Idris Syah berkenan untuk menjalani istiadat perlimau tapak dan menerima perlantikan baginda sebagai Penaung Agong Silat Seni Gayong Malaysia Dan Serantau bergelar Sang Sa Purba. Istiadat tersebut disempurnakan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
            Pada 17 haribulan September 1971, beliau telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Chura Si Manja Kini yang membawa gelaran Dato' Paduka oleh KDYMM Sultan Idris Syah atas jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai kepada agama, bangsa dan negara. Pada sebelah petangnya murid-murid Gayong seluruh Malaysia telah menyambut perayaan Hari Sang Sa Purba yang pertama. Sambutan ini disempurnakan di Padang Sekolah Kebangsaan Changkat Larut, Ayer Kuning, Taiping. Kemasukan baginda Sultan Idris ke dalam Silat Seni Gayong telah disertai sama Raja Perempuan dan isteri-isteri baginda juga anggota kerabat yang lain.
           Pada tanggal 21 haribulan Julai 1971, Dato' Mahaguru ditemani Syed Ahmad Jamalulail dan Syed Jaafar Albar berangkat ke London untuk membawa pulang YAM Raja Kechil Bongsu Raja Izzuddin Syah ibni Sultan Idris Syah ke tanahair.
Semasa singgah di Hong Kong dalam perjalanan pulang ke Malaysia, mereka telah ditemui Bruce Lee, pakar seni beladiri terkenal. Dalam pertemuan singkat itu, Dato' Mahaguru sempat bertukar fikiran dan maklumat tentang seni beladiri Melayu dan Cina dengan Bruce Lee. Bruce Lee juga telah mengakui kehandalan Dato' Mahaguru dan kehebatan Silat Seni Gayong.
         Tahun 1970-an menyaksikan usaha penyatuan pemimpin tertinggi Melayu dan kerajaan melalui Silat Seni Gayong diusahakan oleh Dato' Mahaguru. Raja-raja dan para pembesar Melayu juga berkenan untuk menaungi pergerakan Silat Seni Gayong hampir di seluruh negeri Tanah Melayu. Pada satu ketika hampir 2/3 anggota kabinet negara Malaysia terdiri daripada ahli Gayong di bawah pimpinan Tun Abdul Razak.
Sehingga akhir tahun 1980-an, tidak kurang juga tokoh dan pakar senibela asing datang melawat Dato' Mahaguru di Pusat Latihan Tertinggi dengan tujuan berkenalan, menuntut atau menguji kehandalan masing-masing. Semua cubaan dan dugaan tersebut berjaya diatasi dengan baik dan berkesan. Tidak kurang juga daripada pelawat tersebut yang memeluk ajaran Islam setelah berpeluang bertemu dan berbincang dengan Dato' Mahaguru.
           Pada saat-saat akhir hayat beliau, Dato' Mahaguru sering berpesan agar murid-murid Gayong kembali bercantum dan bersatu-padu. Muda-mudi diseru menuntut bersungguh-sungguh ilmu yang telah diperturunkan kerana ia amat berguna pada suatu masa nanti. Semua murid Gayong ialah pemegang amanah Silat Seni Gayong dan bertanggungjawab memelihara dan menjaga segala amanah beliau.
            Pada tanggal 23 haribulan Jun 1991, Dato' Mahaguru telah kembali ke rahmatullah. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Ipoh Specialist Centre, Jalan Lumba Kuda, Perak. Semoga Allah menempatkan Pendita Agung Silat Melayu Abad ke-20 di kalangan hamba-Nya yang soleh dan dirahmati. Al-Fatihah

 

 

 

 

silibus pelajaran

awan putih (sem 1)

Asas Elakan 1
    1. Tangkis Kuak Sisi Dalam
    2. Tangkis Bawah
    3. Tangkis Atas / Sangga Langit
    4. Kilas Dayung Tebar Jala
    5. Masuk Luar Tumbuk Pintal Tali
    6. Elak Dalam
    7. Juring Pelipat Balas Pancung

Buah Tapak Kunci Mati
    1. Kilas Sawa Berendam
    2. Kilas Payung / Patah Dayung Pikul Mayat / Pangku Mayat
    3. Kilas Sangga Maut/ Tali Gantung / Umpil Dayung Tali Gantung
    4. Kacip Emas / Kancing Emas
    5. Patah Dayung / Pasung Emas
    6. Cekak Banting (Kacip Emas) / Kacip Emas Cekak Banting
    7. Kacip Selak Emas / Selak Mati Kacip Emas / Kacip Emas Kilas Dayung

pelangi hijau (sem 2)

Asas Elakan 2
    1. Tolak Lintang Kiri
    2. Tolak Lintang Kanan
    3. Tebar Jala Kanan
    4. Rimbat Helang Kiri
    5. Rimbat Helang Kanan
    6. Jala Tebar Kanan
    7. Rimbat Relang Balas Juring Kiri

Buah Tapak Kunci Mati
    1. Kilas Sawa Berendam
    2. Kilas Payung / Patah Dayung Pikul Mayat / Pangku Mayat
    3. Kilas Sangga Maut / Tali Gantung / Umpil Dayung Tali Gantung
    4. Kacip Emas / Kancing Emas
    5. Patah Dayung / Pasung Emas
    6. Cekak Banting (Kacip Emas) / Kacip Emas Cekak Banting
    7. Kacip Selak Emas / Selak Mati Kacip Emas / Kacip Emas Kilas Dayung
    8. Pasung Cina
    9. Tali Gantung / Malaikul Maut
    10. Kilas Dayung Tali Gantung
    11. Selak Mati (Buaya Berendam) / Kilas Maut
    12. Kilas Tali / Patah Dayung Tali Gantung / Pasak Lintang
    13. Tolak Lintang (Kacip Emas) / Pasung Bumi
    14. Sekapur Sirih / Selak Dayung Buaya Berendam / Selak Mati
    15. Patah Layar Perahu Karam
    16. Patah Julang / Patah Dayung Perahu Karam / Patah Selak Dayung
    17. Patah Sangga / Selak Mati Patah Gelang Geta / Rangkam Dayung
    18. Kilas Biawak / Patah Dayung Selak Mati Buaya Berendam
    19. Sangga Kilas Patah Tebu / Patah Tebu Selak Dayung Kacip Emas / Umpil Maut
    20. Pasak Mati / Tembi Siku Pasung Emas Patah Dayung / Lintang Mayat
    21. Kilas Buaya Berendam / Kuda Gila Lipat Maut Buaya Berendam

pelangi merah (sem 3)

Serangan Harimau
    1. Patah Dayung Nasi Hangit
    2. Patah Dayung Kuda Gila
    3. (Tarian) Kuda Gila
    4. Humban Ketam Kawah Pecah
    5. Kipas Gayong Selak Gayong
    6. Jinjit Kuali Kawah Pecah / Pangku Mayat Pecah Kawah Hentak Kawah
    7. Kibas Gayong Pasak Gayong Selak Gayong
    8. Tembi Gayong Pasak Gayong Selak Gayong
    9. Lipat Gayong Pangku Kawah Pecah Kawah Kelek Kawah
    10. Kawah Sepit Pecah Tebu / Pangku Mayat Pancung Kawah Hentak Kawah
    11. Tendang Kuda Kawah Tiarap
    12. Tembi Kilas Pangku Mayat Kawah Pecah
    13. Gasing Emas Tiarap Kawah
    14. Panku Lutut Patah Tebu
    15. Pangku Mayat Pancung Kawah Hentak Kawah
    16. Pecah Kawah
    17. Pikul Kawah Buang Kawah
    18. Lambung Kawah Kawah Sepit Patah Tebu
    19. Pangku Lutut Patah Tebu
    20. Pulas Tebu Buang Kawah Jejak Tebu Patah Pucuk
    21. Tarian Kuda Gila

 

 

bengkung & sandang

Tahap Pencapaian Bengkong

Terdapat 5 warna tahap bengkong untuk Silat Seni Gayong Malaysia

Asas - Hitam Kosong

Awan Putih

Pelangi Hijau

Pelangi Merah

Pelangi Merah Chula 1 hingga 3

Pelangi Kuning

Pelangi Kuning Chula 1 hingga 5

Pelangi Hitam Harimau Chula Sakti 1 hingga 6

(Tahap Tertinggi Silat Gayong Terkini)

Pelangi Hitam Harimau Chula Sakti 7

(Milik Kekal Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman)

 

 

SANDANG KEBESARAN SILAT SENI GAYONG


 


Sandang kebesaran ini adalah hak progatif (istimewa) Dato' Mahaguru. Selepas pemergiannya, kuasa untuk menganugerahkan sandang kebesaran ini terletak kepada Lembaga Waris Amanah.


Sandang kebesaran ini dianugerahkan kepada individu tertentu mengikut kategorinya. Kategori sandang kebesaran terbahagi kepada:


   1. Sandang Mahaguru


   2. Sandang Protokol


   3. Sandang Berjawatan


   4. Sandang Kegurulatihan


   5. Sandang Kehormat


   6. Sandang Khas


 


Sandang Mahaguru


Sandang ini hanya layak dimiliki oleh Allahyarham Dato' Mahaguru Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd. Hashim selaku Pewaris Agung Gayong.


 


Sandang Protokol


Sandang ini dianugerahkan kepada KDYMM Raja-raja Melayu dan pemimpin-pemimpin negara atau negeri yang menerima perlantikan dalam jawatan protokol Lembaga Beradat Kebangsaan.


 


Sandang Berjawatan


Sandang ini dianugerahkan kepada ahli Gayong yang diamanahkan menduduki jawatan samada dalam ahli eksekutif atau ahli Jawatakuasa Agung Lembaga Beradat Kebangsaan, ahli jawatankuasa Lembaga Beradat Negeri dan ahli Majlis Teringgi Gurulatih.


 


Sandang Kegurulatihan


Sandang ini dianugerahkan kepada guru atau jurulatih Gayong yang mencapai tahap pelajaran dan kebolehan tertentu.


 


Sandang Kehormat


Sandang ini dianugerahkan kepada ahli Gayong atau individu tertentu sebagai satu penghargaan atas jasa atau sumbangan mereka kepada pembangunan negara dan Silat Seni Gayong.


 


Sandang Khas


Sandang ini adalah sandang peribadi yang dianugerahkan kepada pemimpin negara dan murid atau guru Gayong yang mempunyai kebolehan khas tertentu. Corak sandang ini bergantung kepada pemakainya.

  1. Harimau Singa Berantai
  2. Kuda Gila
  3. Singa Berantai
  4. Naga Bora
  5. Harimau Berantai
  6. Lipan Bara
  7. Kumbang Hitam

Peruntukan Khas

Mana-mana sandang yang ingin ditauliahkan kepada individu yang layak boleh disyorkan oleh Majlis atau Jawatankuasa berkenaan tetapi tiada Sandang Berjawatan Peringkat Kebangsaan, Sandang Kegurulatihan, Sandang Kehormat dan Sandang Khas boleh ditauliahkan tanpa mendapat kelulusan Waris Amanah Mahaguru atau Lembaga Waris Amanah terlebih dahulu.

 

 

 

 

 

 

 

BUKA ADAT & GELANGGANG

 

Latihan dimulakan dengan adat membuka gelanggang dan diakhiri adat penutupan gelanggang.

Upacara ini disempurnakan dengan membaca ayat-ayat

      berikut:

        Surah Al-Fatihah (1 kali)

        Surah Al-Ikhlas (11 kali)

        Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. (3 kali)

 Berdoa semoga dijauhkan segala bahaya dan niat khianat iblis, jin,  manusia dan binatang serta memohon diberkati pelajaran yang dituntut. Doa kesyukuran kerana latihan ditamatkan dengan baik daripada mula hingga akhir dan semoga mendapat keredhaan serta rahmat Allah s.w.t.

        Jika ada berkat doa dan bacaan-bacaan yang dibacakan, ianya dihadiahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., sekelian Rasulullah, nabi-nabi, wali-wali, al-marhum Dato' Mahaguru serta zuriatnya, kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat murid Gayong serta seluruh murid dan ahli Gayong yang telah meninggal dunia baru atau lama.

 

      Jika sekiranya hari latihan jatuh pada malam atau hari Jumaat, jumlah  bacaan Al-Fatihah akan ditambah menjadi 7 kali, Al-Ikhlas sebanyak 33 kali dan Selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w. sebanyak 11 kali.

 

 

 

 

 

silAT LINCAH

 


SALASILAH

Sejarah Lincah

Silat Lincah adalah satu aliran perguruan seni silat tempur di Malaysia dengan nama PERTUBUHAN SENI SILAT LINCAH MALAYSIA. Sesuai sebagai pertubuhan silat yang bukan sahaja mengutamakan gerak langkah dan semangat tempur ‘Hang Jebat’, ahli-ahli juga disisipkan amalan-amalan diri sebagai menguatkan pendirian ahlinya. Pertubuhan yang dipimpin oleh DATUK HAJI OMARDIN BIN MAUJU ini yang bergerak aktif sejak dari tahun 1963 dengan 5 anak murid (didaftarkan pada tahun 1969), bukan sahaja dikenali di Malaysia sebaliknya berjaya mengembangkan sayap ke beberapa negara luar termasuk England, Belgium, New Zealand, Holland, Perancis, Madagascar dan yang terbaru di Korea Selatan, sehingga kini mencapai 30,000 keahlian di luar negara. Dengan keunggulan kepimpinan Datuk Mahaguru Haji Omardin, kini PSSLM sudah pun mempunyai keanggotaannya seramai lebih kurang dari 1 000 000 orang ahli di seluruh dunia dan tercatat dalam buku Malaysia Book Of Record terbitan tahun 1998 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohammad (kini Tun) pada Disember 1998, sebagai sebuah pertubuhan ilmu mempertahankan diri yang mempunyai “Keanggotaan Terbanyak dan Terunggul”.

Silat Lincah terus mencipta sejarah. Sejak tahun 1963, dengan lima orang anak muridnya yang asal, Omardin membuka beberapa gelanggang di sekitar Kampung Puah, Selangor dan sekitar Wilayah Persekutuan dan dari masa ke semasa, Silat Lincah terus berkembang di seluruh pelusuk tanah air sehinggalah pada tahun 1969, perguruan Silat Lincah yang sebelumnya di kenali dengan nama “Silat Tarah” didaftarkan di Negeri Selangor dengan menjadi sebuah pertubuhan ilmu mempertahankan diri yang sah atas nama “Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia”.

Mahaguru Haji Omardin juga mengadakan beberapa siri persembahan Silat Lincah di luar negara termasuk di Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Brunei, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Pakistan, India dan Mekah.

Walaupun Silat Lincah telah mencipta nama, jiwanya tidak pernah merasa puas. Agenda perjuangannya tidak pernah ada penghujungnya, apatah lagi melihat ratusan perguruan silat yang bertaburan di seluruh pelusuk tanah air hidup segan mati tak mahu, terbiar seperti melukut di tepi gantang, tidak boleh ditoleh dan tidak disilau tanpa pembelaan.

Atas kesedaran ini, pada 1hb Mac 1975, dengan usaha dan perbelanjaan sendiri, satu pertemuan dengan semua guru di seluruh pelusuk tanah air telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur serta disaksikan oleh beberapa perwakilan dari Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan Brunei. Dalam pertemuan ini telah tercipta satu lagi sejarah gemilang perjuangan Omardin di mana badan-badan silat perlu berada dalam sebuah badan gabungan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Malah dengan idea dan susah payahnya juga, akhirnya terbinalah Majlis Silat Negara yang kini dikenali sebagai persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), yang mana menjadi tunjang kepada semua pergerakan seni silat di Malaysia.

Disebalik kejayaannya itu, Omardin melalui idea dan pandangannya berjaya menarik beberapa buah badan gabungan silat untuk bergabung di Peringkat Rantau ASEAN. Tidak cukup dengan itu, usaha beliau untuk menubuhkan gabungan silat diperingkat antarabangsa juga turut menjadi kenyataan dengan tertubuhnya Federasi Silat Antarabangsa yang kini dikenali Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT), bertanggungjawab bukan sahaja terhadap badan-badan silat di Negara Asean malah badan-badan silat di seluruh dunia.

Usaha Dato’ Haji Omardin bukan setakat itu sahaja malah dengan menggunakan perbelanjaan sendiri yang begitu banyak, kemuncak kejayaan beliau adalah menghimpunkan Pertubuhan Seni Mempertahankan Diri dari seluruh dunia melalui Demonstrasi Seni Mempertahankan Diri Peringkat Dunia Pertama yang diadakan pada 04hb Disember 1976 bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur, dirasmikan oleh DYMM Sultan Haji Ahmad Shah, Timbalan Yang DiPertuan Agong pada ketika itu, telah disertai oleh 42 pesilat dari negara-negara Asean, Timur Jauh dan Timur Tengah.

Silat Lincah terus menggegarkan dunia pesilatan melayu ketika itu dengan sekali lagi mencipta nama apabila Mahaguru Haji Omardin dan ratusan anak muridnya terbabit menjayakan, Filem Dokumentari ONE STEP TO THE BEYOND atau SELANGKAH KE ALAM BATIN yang bukan sahaja ditayangkan mengenai Dunia Silat Melayu, malah kegemilangan Silat Lincah akhirnya mengangkat Omardin sebagai Pejuang Silat Melayu.

Amalan yang diijazahkan kepada ahli-ahli Lincah di sempurnakan sendiri oleh Mahaguru Haji Omardin berdasarkan keistimewaan dan kesanggupan dari segi persilatan dan perjuangan setiap ahli. Amalan ini diperakui tidak akan membawa sebarang penyelewengan dari apa-apa aspek.

Pertubuhan ini juga mewajibkan setiap ahlinya mempunyai disiplin yang tinggi di semua peringkat sama ada ahli biasa, jurulatih atau pegawai-pegawainya. Antara
saling menghormati satu sama lain, Mahaguru dan guru-gurunya dan tidak penderhaka kepada kedua ibu bapa.

Soal keagamaan juga di titik beratkan dalam PSSLM. Ahli-ahli sentiasa dinasihatkan mengingati Allah dengan mengerjakan yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah. Justeru itu, ahli-ahli dilatih bersopan santun kerana itu adalah amalan Silat Lincah yang paling utama.

Berdasarkan semua kepercayaan ini, Silat Lincah akan terus menjadi pertubuhan silat yang dihormati di semua peringkat dan dalam masa yang sama ia dapat memainkan pelbagai peranan menjayakan aktiviti persilatan di negara ini mahupun di peringkat antarabangsa.

PSSLM berjaya mengadakan perhimpunan terbesar pada perhimpunan di Pulau Pinang 1975, ia telah menarik seramai 100 000 penonton menyaksikan perhimpunan dan demonstrasi kebatinan yang amat mendebarkan.

Bagi merealisasikan peranan yang boleh dimainkan oleh ahli-ahli seni beladiri di dalam mempastikan kedaulatan dan kemakmuran negara dipertahankan maka satu pertemuan yang amat bersejarah telah diadakan pada 10hb Mac 2001 bersama Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada ketika itu di Seri Perdana, Putrajaya, sewaktu negara didesas-desuskan mengalami krisis diantara kaum. Pertemuan yang diusahakan dan diketuai oleh Dato’ Haji Omardin bersama-sama dengan 53 orang guru-guru Seni Beladiri Malaysia telah menyatakan ikrar taat setia bersama kepimpinan negara seperti yang terkandung didalam Memorandum yang telah dipersetujui bersama dan seterusnya diserahkan kepada YAB. Perdana Menteri. Ia bertujuan menunjukkan kesetiaan dan mahu mengekalkan perpaduan antara kaum yang terjalin sekian lama serta mahu menghapuskan anasir-anasir yang tidak baik dari terus menghantui masyarakat ketika itu. Ternyata usaha Omardin itu sesuatu yang dinantikan oleh pemimpin kerajaan dan memang begitu diharapkan untuk mencapai matlamat negara yang aman dan makmur.

 

Sajak Lincah

SALAM JEBAT SALAM PANGLIMA

SEMANGAT JEBAT SEMANGAT PERWIRA

INILAH HAKIKAT YANG KAMI BAWA

SILAT LINCAH PUSAKA BANGSA



DI PULAU BESAR DI TANAH MELAKA

KELAHIRAN LINCAH TANPA TERCELA

DI SINILAH BERSEMADINYA JEBAT PERKASA

MATI BERDARAH BUKTI PENDEKAR



ABAD DATANG ABAD YANG PERGI

BANYAK YANG TUMBANG DAN BANGUN KEMBALI

AKHIRNYA TEGAKLAH SENI LINCAH

MENJADI PERTUBUHAN SILAT DI MALAYSIA



HIJAU, KUNING, MERAH LAMBANG LINCAH

TANDA SEMANGAT DARAH SATRIA

PUTIH BERSIH JIWA NAN SUCI

AMALAN LINCAH SETIA DI HATI



JEBAT…JEBAT SEMANGAT KAMI

SIMBOL KEAZAMAN KEKUATAN JATI

SEMOGA LINCAH HARUM MEWANGI

LAMBANG KEBUDAYAAN NEGARA INI



KEMASHYURAN LINCAH SUKAR DISANGKAL

DI DESA, DI PEKAN RAKYAT MENGENAL

MAHAGURU DATO' HAJI OMARDIN PEJUANG UNGGUL

BAPA PERSILATAN YANG PALING AGUNG



KINI TERSEBAR DI NUSANTARA

NEGARA ASEAN DAN JIRAN TETANGGA

DOA KAMI LINCAH KEMUKA

MENJADI BARISAN PERTAHANAN NEGARA

Logo Lincah

 

 

Taraf Pakaian

Taraf & Pakaian

 

Selendang Hitam bengkung hitam (mahta penuh - bengkung bersongket)

Selendang Hitam bengkung merah (mahta penuh)

Selendang Hitam bengkung kuning (mahta penuh)

Selendang Hitam bengkung hijau (mahta penuh)

Selendang Merah berlis hitam bengkung merah (mahta penuh)

Selendang Merah berlis hitam bengkung kuning (mahta penuh)

Selendang Merah berlis hitam bengkung hijau (mahta penuh)

Selendang Merah bengkung merah (mahta penuh/separuh/tiada mahta)

Selendang Merah bengkung kuning (mahta penuh/separuh/tiada mahta)

Selendang Merah bengkung hijau (mahta penuh/separuh/tiada mahta)

Selendang Kuning (jurulatih muda)

Selendang Hijau (jurulatih kanak-kanak)

Hitam-Hitam (pembantu jurulatih gelanggang)

Merah-Hitam

Merah-Kuning

Kuning-Kuning (Pelatih baru)

 

Untuk taraf selendang hijau dan ke atas, kenaikan akan ditentukan oleh Majlis Tertinggi PSSLM yang dipengerusikan oleh Mahaguru sendiri. Pesilat akan dinilai terlebih dahulu bagi menentukan kelayakan menerima/memakai selendang.

PSSLM juga memberi Selendang Kehormat (biru) kepada individu-individu yang banyak menyumbang kepada pembangunan PSSLM

 

macam macam silat seni melayu

 


1.    Silat Seni Gayung Melayu
Berasal dari Kedah dan Johor, menonjolkan keindahan langkah dan jurus tangan kosong. Gerakannya lentur dan berirama, namun tetap kuat dalam aspek pertahanan diri. Silat ini juga mengandung nilai sopan santun dan disiplin yang tinggi.

2.    Silat Jawi Melayu
Sering disebut Silat Melayu Lama, digunakan di kalangan istana dan upacara adat. Gerakannya indah dan bersifat simbolik, mengajarkan keseimbangan antara jasmani, rohani, dan adab. Banyak jurusnya terinspirasi dari kaligrafi Arab dan gerakan doa.

3.    Silat Cekak Melayu
Juga berasal dari Kedah, dikenal dengan teknik serangan balas langsung dan kuncian rapat. Pesilatnya berdiri tegak tanpa banyak berpusing; ajarannya menekankan bahwa silat digunakan untuk mempertahankan diri, bukan menyerang lebih dahulu.

Dan terdapat beberapa lagi jenis Silat Melayu, baik yang  bisa terdata ataupun tidak. Misalnya di Pantai Cermin Kabupaten Serdang Bedagai, yang dulu terkenal memiliki kekhasan Silat Melayu; misalnya jurus Paku Tunggal dan semacamnya.  Bahkan tidak sedikit kisah yang menceritakan tentang Pencak Silat Melayu, semisal kemampuan Panglima Nayan, Panglima Hali, Panglima Denai, Datuk Rubiah, Datuk Kuala Namu, dan puluhan kisah yang dikaitkan dengan silat serta jurus rahasia.

 

Bentuk-Bentuk Utama Silat Melayu

Secara umum, Silat Melayu terbagi ke dalam dua bentuk utama yang saling melengkapi, yaitu Silat Tempur dan Silat Seni.


1.    Silat Tempur (Bela Diri)
Bentuk ini menekankan aspek pertarungan dan pertahanan diri. Fokus utamanya terletak pada efektivitas teknik, kecepatan reaksi, serta kemampuan membaca gerak lawan. Silat tempur berorientasi pada situasi nyata, di mana setiap gerak dirancang untuk melumpuhkan atau mengendalikan lawan dengan efisien. Dalam konteks modern, bentuk ini sering dikembangkan menjadi cabang olahraga bela diri yang terukur dan kompetitif.

2.    Silat Seni (Warisan Budaya)
Berbeda dari bentuk tempur, silat seni menonjolkan keindahan gerak, nilai adat, dan aspek spiritual. Gerakannya diolah menjadi ekspresi estetika yang sarat makna simbolik, sering ditampilkan dalam upacara adat, penyambutan tamu, maupun pertunjukan budaya. Silat seni juga berperan sebagai media pewarisan nilai-nilai luhur seperti kesopanan, keberanian, dan penghormatan terhadap guru.

Kedua bentuk ini tidak dapat dipisahkan, sebab dalam tradisi Melayu, silat bukan sekadar ilmu bertarung, melainkan jalan untuk mengenal diri, mengasah budi pekerti, dan menjaga marwah bangsa. Dengan demikian, silat mencerminkan kesatuan antara jasmani, rohani, dan budaya dalam kehidupan masyarakat Melayu.*


Syekh Abdurrauf - Syiah Kuala

 


 




Oleh: T.A. Sakti

TAHUN  1976 saya melakukan alih aksara Kitab‘Umdatul Muhtajin ila Suluki Maslakal Mufridin. Kini, hanya tinggal lima lembar lagi hasil alih akasara itu. Sejak saat itu ketahuilah saya bahwa Syekh Abdurrauf atau Syiah Kuala adalah ulama Aceh yang amat alim dan sangat tinggi ilmu beliau.

Abdurrauf As Singkili bin Ali  Al Fansuri,  diperkirakan lahir pada tahun 1024 H/ 1615 M di Singkil. Ayahnya bernama Syekh Ali Al Fansuri  merupakan keturunan Arab yang menikahi wanita Fansur yang tinggal di Singkil, dari pernikahan tersebut melahirkan  Abdurrauf.

  Abdurrauf kecil  mendapat pendidikan dasarnya di desa kelahirannya  terutama dari ayahnya.. Setelah menamatkan pendidikan dasar, Abdurrauf  melanjutkan pendidikannya di Fansur. Fansur merupakan pusat pendidikan penting dan tempat yang mempertemukan  kaum  muslim Melayu dengan  kaum muslim Asia Barat dan Asia Selatan.

Abdurrauf juga belajar kepada Syekh  Syamsuddin  As – Samatra-i di Banda Aceh..

Belajar ke  Arabia

Abdurrauf berangkat ke negeri Arab pada  tahun 1052/1642 untuk melanjutkan pendidikannya. Selama di negeri  Arab  beliau belajar kepada 19  guru yang mengajarkannya tentang berbagai cabang disiplin ilmu dalam Islam dan 27 ulamanya lainnya yang ikut membimbingnya.

 Syekh Abdurrauf  belajar di sejumlah tempat yang tersebar di sepanjang jalan rute haji, dari Duha di wilayah teluk Persia, Yaman, Jeddah dan akhirnya Makkah dan Madinah.

. Pertemuannya dengan ulama-ulama hebat telah memberikan  inspirasi dan terbentuknya wawasan  sosio intelektualnya yang lebih luas. Sebagian besar ulama yang menjadi gurunya  di Makkah  termasuk dalam jaringan ulama yang hebat.

Setelah menyelesaikan pendidikannya di Makkah, ia melanjutkan perjalannya ke Madinah untuk menuntut ilmu di sana. Di kota ini,  dia berguru kepada Ahmad Al Qusyasyi dan Ibrahim Al-Kurani.

Syekh Abdurrauf juga menceritakan tentang pendidikannya sendiri pada bagian penutup kitab ‘Umdatul Muhtajin ila Suluki Maslakal Mufridin, yang saya alih aksarakan dari huruf Jawi-Jawoe ke aksara Latin tahun 1976 itu.  Beliau menjelaskan bahwa selama di negeri Arab ia menuntut ilmu pada lima belas orang ulama. Yaitu:

1.         Abdul Kadir Maurir di Mokha

2.         Imam Ali Thabari di Makkah

3.         Abdul Kadir Barkhali di Jeddah

4.         Abdul Wahid Khusyairi di ‘Ujail

5.         Ibrahim Abdullah Ja’man. Syekh Abdurrauf sangat lama belajar pada ulama ini, serta mendapat surat kesanggupan untuk menuntut ilmu pada  Ahmad Qusyasyi di Baitul Faqih ibnu ‘Ujail.

6.         Ahmad Janah di Baitul Faqih ibnu ‘Ujail

7.         Kadhi Ishak Muhammad Ja’man, ahli hadist di Zabid

8.         Muhammad Sati Bati di Zabid

9.         Abdurrahim di Zabid

10.       Siddiq Mazjaji di Zabid

11.       Abdullah Adani, qari dari Yaman, di Zabid

12.       Kadhi Muhammad di Luhaiyah

13.       Kadhi Umar Mahyiddin di Mawza

14.       Ahmad Qusyasyi di Madinah

15.       Burhanuddin Maula Ibrahim al Kurani di Madinah

 

 

Kembali Ke  Aceh

Selama sultan Iskandar Tsani memerintah, beliau menunjukan Nurudin Ar Raniry sebagai Mufti kerajaan Aceh.

 

Pengangkatan Nurudin Ar Raniri  sebagai Mufti Kerajaan Aceh menyebabkan terjadinya pergolakan antara pengikut aliran Wujudiyyah dengan pengikut Nurudin Ar Raniri sehingga terjadinya pemburuan pengikut Hamzah Fansuri dan pengikut Syamsuddin As Samatra-i  dan pembakaran kitab-kitab yang dikarang oleh dua ulama tersebut karena dianggap sebagai aliran sesat di depan Mesjid Raya Baiturrahman.

 

Perlu saya tambahkan, menurut buku Daftar Katalog Kitab-Kitab di Dayah Tanoh Abee, Seulimuem, Aceh Besar, bahwa sebagian kitab  karya Syekh Hamzah Fansury dan Syekh Syamsuddin As-Sumatra-i (Syekh Syamsuddin Pasai) masih tersimpan di Pustaka Dayah Tanoh Abee itu.

Akibat tak punya jaringan ke sana, saya tak berkesempatan melacaknya!.

 

Pergolakan antara dua golongan tersebut terus berlanjut sampai pada masa Sultanah Safiatuddin (1641-1675).

 

Di awal masa pemerintahan Sultanah telah terjadi pertukaran Mufti (Qadhi Malikul Adil) dari Syekh Ar Raniry  kepada Syekh Saiful Rijal, seorang ulama Wujudiah yang baru pulang ke Aceh.

 Melihat kondisi masyarakat yang makin hari semakin bingung dengan perdebatan tersebut, akhirnya Sultanah Safiyatuddin Syah memilih Saiful Rijal sebagai Mufti Kerajaan Aceh dan menyebabkan Ar Raniry  pulang ke negeri asalnya Gujarat,  India

 

 Pada saat itulah Syekh Abdurrauf  pulang ke Aceh setelah mengembara mencari ilmu ketanah Arab  selama 19 tahun. Beliau pulang ke Aceh sekitar tahun 1661 setelah mendapatkan Ijazah dari gurunya  Syaikh Ibrahim Al Kurani.

 

Setelah  selesai penyelidikan,  Sultanah  mengangkat  Syekh Abdurrauf  untuk menduduki jabatan Kadhi Malikul Adil atau Mufti yang bertanggung jawab atas  masalah-masalah keagamaan.

 

Jabatan tersebut dipangkunya berturut-turut pada masa pemerintahan para Ratu di Aceh (Ratu Safiatuddin, Ratu Naqiyatuddin, Ratu Zakiatuddin, dan Ratu Kamalat Syah). Pada hakikatnya pada saat pemerintahan tiga ratu yang terakhir di Aceh Syekh Abdurrauf merupakan orang yang memegang kendali pemerintahan.

 

Selama menjabat Kadhi Malikul Adil atau Mufti Kerajaan Aceh Darussalam, Syekh Abdurrauf telah menulis 22 judul kitab dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan.

 

Tarikat Syattariah

Tarekat Syattariah pertama kali muncul di India pada abad ke-15 M. Nama Tarekat Syatariah dinisbahkan kepada seorang tokoh pendirinya yaitu Abdullah asy- Syattar.

Tarekat Syattariah disebarluaskan di kota Madinah dan Makkah oleh dua orang syekh yang sangat terkenal dikota Haramayn, yaitu  Ahmad Qusyasyi dan Ibrahim Al Kurani. Sedangkan Tarekat Syattariah disebarkan ke Nusantara  oleh Syekh Abdurrauf.

Dari uraian di atas dapat disimpulkan bahwa Syekh Abdurrauf  merupakan seorang tokoh penengah antara pertentangan dua golongan, yaitu golongan Wujudiah pengikut Hamzah Fansuri dan Syamsuddin As Sumatra-i  serta golongan Syuhudiah Nuruddin Ar Raniry.

Mengingat begitu ‘hausnya beliau terhadap ilmu pengetahuan” serta agungnya jasa, wibawa atau kharisma Syekh Abdurrauf atau Syiah Kuala semasa hidupnya, alangkah pantasnya beliau diberi gelar “Bapak Pendidikan Aceh” serta diusulkan sebagai Pahlawan Nasional.

 

 

Delegasi Syarif Makkah Datang Ke Aceh

Pada tahun 1096 H/1683M, Sultanah menerima suatu delegasi dari Syarif Makkah.. Kedatangan delegasi dari Mekkah disambut dengan gembira oleh sultanah Zakiyattudin Syah. Penduduk Kerajaan Aceh banyak memberikan hadiah-hadiah dan sedekah antara lain sebuah patung yang terbuat dari emas yang diambil dari reruntuhan istana dan Mesjid Baitur Rahman disebabkan oleh musibah kebakaran yang terjadi pada masa pemerintahan Sultanah Naqiyyatudin.

Tetapi ketika delegasi tersebut sampai ke kota Makkah terjadi pertikaian antara sesama putra-putra almarhum Syarif Barakat dalam pembagian hadiah-hadiah dari Kerajaan Aceh. Pertikaian dalam memperebutkan hadiah antara keluarga Syarif Barakat ditulis dengan rinci oleh Ahmad Dahlan ahli Sejarah dan ulama terkemuka di kota Makkah.

Kunjungan yang dilakukan oleh delegasi Makkah merupakan sebuah kehormatan bagi Sultanah. Kunjungan tersebut menjadi sebuah kesempatan bagi masyarakat Aceh untuk menanyakan tentang bagaimana hukumnya dalam Islam, apakah seorang wanita diperbolehkan menjadi sultan atau raja.

Delegasi Makkah juga tidak  memberikan jawaban langsung ketika mendapatkan pertanyaan tersebut dari masyarakat Aceh, tetapi mereka membawa permasalahan  tersebut ke sidang para ulama Haramayn. Jawaban dari sidang para ulama Haramayn baru sampai ke istana Aceh pada masa pemerintahan Sultanah Kamalat Syah (1098-1109 H/ 1688-1699). Ketika surat itu datang, Syekh Abdurrauf telah meninggal beberapa tahun sebelumnya (1693).

. Berdasarkan hasil fatwa tersebut maka diputuskan Sultanah Kamalat Syah diturunkan dari tahta dan digantikan oleh Umar bin Ibrahim dengan gelar Sultan  Badrul Alam Syarif Hasyim. Beliau yang kemudian mendirikan dinasti Arab Jamalullail di Aceh.

Rabu, 24 September 2025

syair aceh rapa'i daboh

 


pembuka berupa syair/lagu,

Syair/Lagu: 1.

Assalamualaikom Kamo Troh Teuka Nibak Saudara Yang Na Disinoe Kamoe Bie Salem Ke Wareuh Lingka Tua Ngon Muda Mandum Seureuta Karena Salem Nabi Keun Sunat Jaroe Ta Mumat Tanda Mulia Jak Kenoe Rakan Tapeh Rapa'i Sereuta Menari Hibur Saudara Ulee Ta Anggok Daboh Tahentak Sebagoe Tanda Jame Katroh Teuka Ke Awak Daboh Kajeut Puesiap Dro Syedara Tanyoe Ka Geterimong Ngon Lapang Dada

Syair/Lagu: 2.

Hai Raja Siraja Daboh Ta Tamong Beutroh Duk Ateuh Tika Taduk Beusajan Meuato Bareuh Rumpo Rumoh Ka Ge Pesedia Gata Sut Sikin Di Dalam Sarong Beukna Sifeut Mbong Lam Hate Gata Ngon Izin Allah Beso Lam Sarong Leumoh Lage Oen Han Ceulaka Pa Hai Meutah Perle Ta Peuturi Selawet Ke Nabi Awai Pon Mula Meubeuk Ka Pajoh Tuboh Yang Suci Besoe Berani Hai Beujeut Ke Peunawa

Rincong Tamat Beuhati-Hati Hindari Dengki Sifeut Medomba Tacok Langkah Wie Tauken Bismillah Sereuta Langkah Neun Doa Tabaca

Syair/Lagu: 3.

Tuboh Ta Batheun Sereuta Allah

Supaya Geujaga Gala

Allahhu Dalam Pon Hi

Tuboh Yag Suci Meukame Ngon Zat

Nyawong Ngon Tuboh Kadile Suci

Allah Peuturi Meukame Ngon Zat

Lam Cahaya Basar Masa Dalam Koen

Getilek Pon Dalam Zat Pon Hi

Tuhan Geutilek Masa di Muyub

Nyawong Dikah Jeut Dimasa Rabbi

Supaya Geujaga Gata

Allahhu Dalam Pon Hi

Tuboh Yag Suci Meukame Ngon Zat

Nyawong Ngon Tuboh Kadile Suci Allah Peuturi Meukame Ngon Zat Getilek Pon Dalam Zat Pon Hi

Berdasarkan syair/lagu di atas, di awal pembukaan seni rapa'i daboh disertai dengan salam, pujian-pujian dan shalawat. Hal ini menandakan bahwa syair rapa'i dabõh memiliki keunikan dalam menampilkan keeksistensinya sebagai sebuah kesenian tradisional dengan cara menyampaikan kaedah-kaedah ajaran Islam tentang keesaan Allah, makna dan pesan berupa pesan nilai dakwah.


RATEB BEJALAN

  RATEB BEJALAN   Tamiang masih memegang teguh adat istiadat yang ada, salah satunya adalah tradisi yang biasa dilakukan di penghujung b...